.

nikah-khitbah-tiket-untuk-bercouple

Dalam adat Melayu perkahwinan dimulai dengan pertunangan sedangkan mengikut cara yang diamalkan dalam masyarakat dulu iaitu nikah gantung adalah lebih menepati maksud khitbah dalam Islam bukannya bertunang. Ada orang yang menyamakan khitbah dalam Islam sebagai pertunangan adalah tidak tepat. Akibat dari cara khitbah yang salah telah menjadikan pertunangan sebagai asas untuk menghalalkan “coupling” (dulu disebut berdua-duaan atau merendek) antara lelaki dan wanita.

Ada yang memberi alasan untuk ber’couple’ dulu atau bertunang dulu untuk kenal mengenali satu sama lain sedangkan hubungan perkahwinan bukan isu hukum “cuba-cuba” atau “trial and error”. Ia adalah satu amanah dalam Islam.

membaca itu menambah ilmu


mari kite membaca

Tidak ada sesiapa menafikan peri pentingnya aktiviti membaca di dalam kehidupan. Membaca menjadi akar tunjang kekuatan seseorang individu, malah sesuatu bangsa dan sesebuah negara. Dikatakan bahawa betapa kuat pun sistem ketenteraan atau sistem ekonomi sesebuah negara, pasti akan tumbang jua akhirnya jika tidak didasari oleh ketinggian ilmu pengetahuan. Di peringkat awal, sudah tentu ilmu pengetahuan diperoleh melalui proses pembacaan.

Menyedari akan hal ini, pada tahun 1989, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengambil daya usaha untuk memperkenalkan Program NILAM melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 13/1998: Program Membina Tabiat Membaca. Arahan tersebut menghendaki setiap sekolah melaksanakan Program Galakan Membaca NILAM (Nadi Ilmu Amalan Membaca) secara terancang dan teratur.

Di peringkat sekolah, telah terbukti bahawa amalan dan tabiat membaca di kalangan pelajar telah melahirkan individu yang menyerlah dalam pelbagai aspek. Kecemerlangan mereka tidak khusus kepada bidang akademik sahaja, malah memberi kesan langsung terhadap keterampilan, peribadi mulia, sahsiah dan tingkah laku. Pada ketika sama, sekolah yang memberi keutamaan terhadap aspek pembacaan di kalangan pelajarnya turut meraih kecemerlangan.....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...